Antivaksin Bertaubat

Pernah kawan-kawan duk tegur, apasai hang ni rajin duk tulis pasai salah faham antivaksin dalam Facebook? Siap berblog lagi duk tulis debunk mereka. Dan…tahun 2015 boleh buat collection artikel dalam bentuk buku. Itupun kawan-kawan duk perli, patutlah brehi ngat berlawan dengan antivaksin dan menulis..nak lariskan buku rupanya. Kita ni cukup duk klinik je. Punch in […]

Vaksin Boleh Memusnahkan Manusia?

Jika benar vaksin itu boleh memusnahkan manusia, sudah tentu program imunisasi diberhentikan. . Kita boleh lihat sendiri bahawa Program imunisasi kebangsaan yang telah diletakkan secara rasmi dalam negara kita sejak sebelum merdeka lagi (1956) dengan pemberian vaksin DT. . Sebelum dari itu pemberian vaksin Cacar diberikan di zaman kolonial British sejak 1895. Ketika itu hanya […]

Geng Antivaksin Hipokrit

Hipokrit sungguh geng antivaksin. Dulu, hujah mati-matian tolak vaksin atas pelbagai alasan. Vaksin ada kinzir la, AEFI vaksin serius la, vaksin ada logam merkuri la dan banyak lagi. Semua penulisan gavaks itu menolak total vaksin. Hatta termasuk vitamin K yang boleh mencegah perdarahan otak pun mereka phobia. . Kita sudah pun perjelaskan satu persatu semua […]

Vaksin Pneumokokal

Oleh Dr Amirul Amzar Tahniah kerajaan Malaysia atas kejayaan memasukkan vaksin pneumococcal dalam Jadual Imunisasi Kebangsaan bermula 2020. Tahniah juga rakyat Malaysia atas manfaat yang besar ini. Vaksin pneumococcal mencegah dari jangkitan streptococcus pneumoniae. Ia adalah sejenis bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan pada telinga (otitis media), sinus (sinusitis), paru-paru (pneumonia) dan juga selaput otak (meningitis). […]

Bengkak Kelenjar Selepas Vaksin BCG

Kesan yang tidak dijangka selepas suntikan vaksin (AEFI) memang wujud. Dalam sejarah pembangunan vaksin sejak lebih 200 tahun, pemberian vaksin tidak sunyi dari kesan sampingan ini. Namun seluruh dunia masih terus menggunakan vaksin sebagai langkah pencegahan. Kenapa? Kerana ianya satu kaedah yang ampuh setakat ini bagi mencegah dari penyakit berbahaya. Maksudnya juga vaksin telah menjadi […]

Program Soal Rakyat TV3

[Mungkin aturan jawapan berubah dalam bentuk kaedah penyampaian] . Q1) Apakah yang dimaksudkan dengan vaksin dan bagaimana fungsinya? Vaksin adalah satu bahan yang digunakan bagi merangsang sistem imun secara spesifik untuk melindungi diri dari serangan penyakit berjangkit. Penyakit berjangkit yang bahaya tersebut adalah Tb, Hepatitis B, Difteria, Pertusis, Tetanus, Hemofilus Influenza jenis B, Polio, Campak, […]

Bahan dalam Vaksin

Empat formulasi utama yang biasa digunakan dalam vaksin a. Kuman yang telah dilemahkan/dimatikan/diambil sebahagian struktur/toksoid. b. Air. Seperti Air Nyah-kuman (Sterile Water), Air Salina (Normal Saline) dan Air berprotin. c. Bahan Pengawet (Preservatives), Bahan Tambahan (Additives) dan penstabil (stabiliser). Seperti Albumin, Phenols, and Glycine d. Bahan Pembantu (Adjuvan). Seperti Aluminium, Antibiotik, Protin Telur, Formaldehyde (dibuang […]

Petisyen Wajibkan Akta Vaksin

95,000 sokongan terhadap petisyen menjadikan vaksin mandatory, pagi ini. Mari kita cuba letakkan angka 95,000 ini kedalam beberapa konteks, Hampir sama banyak dengan jumlah kematian Measles seluruh dunia pada tahun 2016, iaitu seramai 90,000 orang. Pada tahun 1990, sebelum vaksin measles diperkenalkan, jumlah kematian akibat measles adalah sepuluh kali ganda, mencecah 872,000 kematian setahun! Hampir […]

15 Karenah Doula Malaysia

Sepanjang perbincangan kami dengan pihak doula di Malaysia, inilah permintaan dan kelakuan mereka: . 1) Tiada doktor lelaki dalam Bilik Beranak (LR). Isu aurat wanita yang dilihat oleh menjadi topik utama berbanding dengan keperluan dan rukhsah semasa merawat. Mungkin boleh diperbincangkan lanjut, malah ramai agamawan telah memberikan pendapat sesuai dengan situasi dalam negara kita. . […]

Berpantang Maut Sebelum Ajal

Anggaplah saya seorang saksi, bukan seorang doktor, bersiap sedialah, entri saya panjang Inilah dia rupa diphteria antitoksin, 1 botol hampir 500 ringgit, kami gunakan 4 botol untuk satu = RM 2000. Dan tak semua hospital ada antitoksin ini.. Dengan harapan dapat menyahkan toksin yg dihasilkn oleh corynebacterium diphteriae species. Atau mudah kita panggil diphteria. Saya […]

BAYAN LINNAS SIRI KE-166: KEWAJIBAN MENGAMBIL VAKSIN MENGIKUT JADUAL IMUNISASI KEBANGSAAN DARIPADA PERSPEKTIF ISLAM

Bayan Linnas  Mukadimah Alhamdulillah, kami rafakkan setinggi kesyukuran kepada-Nya, selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi ﷺ. Begitu juga kepada kaum keluarganya, para sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari Akhirat. Pada hari ini, 16 Januari 2019, sekali lagi kami telah ditanya berkenaan dengan isu vaksin apabila terdapat golongan pro dan contra serta kesan dalam masyarakat Malaysia; di […]

Dapatkan Maklumat Sahih dalam Perubatan

Terima kasih atas kenyataan terbaharu Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengenai maklumat imunisasi. Kita yang sudah berkecimpung di media sosial sudah banyak menjawab pelbagai isu negatif mengenai vaksin dan banyak lagi isu lain seperti doula, produk sampah dll. Dengan kenyataan rasmi yang dibuat oleh KKM ini, menunjukkan kesungguhan semua pihak membanteras segala salah faham dan […]

Penjelasan Sdr Rahman Baco Isu Vaksin Haram

Terima kasih Sdr Rahman Baco yang buat penjelasan. Buku beliau itu saya dapat hadiah dari seorang pesakit yang menolak semua kaedah perubatan moden termasuk vaksin. Apabila beliau hadir diklinik, hanya untuk buat pemeriksaan tekanan darah, gula dll sahaja. Namun saya beri cadangan untuk beliau makan ubat atas penyakit yang beliau hadapi, ditolak nya. Berlaku beberapa […]

Demam Campak Boleh Bawa Maut

Pastikan jika anak anda demam, tidak mempunyai tanda-tanda penyakit campak (Measles). Tanda-tanda klasikal bagi kanak-kanak yang diserang demam campak adalah: 1- Demam sehingga mencecah 38.0 C 2- Batuk 3- Selsema / hidung berair 4- Mata merah (radang konjuntivitis) 5- Ruam merah bermula di bahagian muka kemudian merebak ke seluruh badan. Biasanya ruam itu terjadi pada […]

Konspirasi Vaksin Pembunuh

Kita mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan 2 orang sukarelawan kesihatan yang menjadi petugas pemberian vaksin di Pakistan.[1] Pembunuhan terbaharu ini adalah salah satu siri pembunuhan akibat doktrinasi dan teori konspirasi yang diterap dikalangan masyarakat sana. Mereka menuduh pemberian vaksin itu sebagai agenda barat, Freemason dan kejahatan zionis dalam menghapuskan musuh mereka. . Pakistan adalah salah satu dari […]

Antivaksin Cemarkan Kesucian Islam

Islam dipandang Hina Akibat Gerakan anti Vaksin . Kejadian wabak Difteria yang berlaku di negara jiran ketika ini sepatutnya menjadi iktibar kepada kita semua. Laporan dari Kementerian Kesihatan Indonesia menyatakan sehingga kini lebih 939 kes positif kuman berbahaya Difteria dan 44 kes kematian. Kuman Corynebacterium diphtheriae amat berbahaya sehingga boleh menyebabkan kematian. Di negara kita, […]

Ar Razi, Ibnu Sina Pelopor kepada Evidence Based Medicine

Asas pembuktian (EB) bukan lah sesuatu yang asing dalam kehidupan. Ianya menjadi mata rantai dalam setiap sesi pergaulan kita sesama manusia. Begitu juga hidup beragama, EB ini menjadi pegangan utama dalam mengamalkan syariat. . Apabila ada orang persoal kita kenapa kita solat, jawabnya ada bukti al Quran dan hadis menyuruh kita solat. Begitulah juga dalil […]

Aluminiun dan Vitamin K dalam Vaksin

Saya tertarik dengan kebimbangan para ibubapa yang menghalang suntikan vitamin K kepada anak-anak mereka. Antara hujah yang mereka mengatakan bahwa Vit K itu mengandungi logam berat Aluminium. Seratus mikrogram Aluminium yang dimasukkan sebagai bahan pengukuh Vit K digembar-gemburkan oleh golongan penentang vaksin sebagai merbahaya. Boleh membawa kecacatan bayi dan kematian. Ibubapa yang bersetuju dengan suntikan […]

Kuliah Maghrib Antara Fakta atau Auta? 

Kuliah Maghrib Khas Masjid Pinang Merah, 5hb Nov 2017. Catatan oleh: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1678107075542715&id=100000303155013 1. Dalam sesuatu perkara, kita hendaklah bertanya kpd ahli. Dalam perkara agama, bertanyalah kpd para alim ulama, bagi isu perubatan, tanyalah kpd yg arif dlm perubatan, pegawai perubatan yg bertauliah. 2. Sistem penghadhaman manusia, x sama dgn sistem perkumuhan. Benar dlm badan manusia […]

Penyakit Ciptaan Yahudi? 

MENANGKIS MITOS PENJUAL PRODUK SAMPAH Oleh: Dr Abdul Rahman bin Abdul Kadir Kita sering mendengar kata-kata bahawa orang zaman tok nenek kita lebih sihat berbanding kita.  Mereka tidak ada vaksin, tidak ada perubatan moden, jarang kedengaran penyakit-penyakit seperti hari ini dan hidup lama berbanding dengan generasi kita tanpa penyakit.  Lalu dipersalahkan penyakit-penyakit hari ini sebagai […]