Kualiti dalam Sistem Perubatan

Kami ini (Baca: Perubatan Moden) di”kepung” dari pelbagai akta dan SOP. Kalau saya nak bilang, tidak kurang dari 3 “Kepungan” dikenakan. . 1️⃣ Akta Perubatan. . Akta ini dibentuk sejak berpuluh tahun lalu demi menjaga sistem kesihatan negara. Ianya mengawal selia doktor, kumpulan sokongan, prasarana kesihatan dan sistem kesihatan itu sendiri. Bagi doktor perubatan pula, […]

PANDUAN INDEMNITI PROFESIONAL UNTUK DOKTOR PERUBATAN

Menjelang 2021, Indemniti Profesional (PI) diwajibkan oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC) untuk semua Doktor. Ianya satu bentuk Insurans gantirugi profesional. Syarat ini termaktub dalam Akta Perubatan 1971 (pindaan 2017). Tanpa PI, doktor tidak akan dapat memperbaharui Perakuan Amalan Tahunan (APC) mereka. APC adalah ibarat lesen untuk terus beramal. Jika tiada lesen, doktor boleh dikenakan tindakan […]

Adakah Doktor Tidak Didakwa?

Jika berlaku kematian ibu hamil atau kematian sewaktu bersalin atau kematian selepas bersalin, 2 golongan akan terlibat. Semua akan berdebar perut seolah-olah akan dihadap ke mahkamah untuk dijatuhkan hukuman. Golongan 1 adalah doktor yang terlibat. Apa sahaja pengurusan pesakit yang melibatkan diri mereka akan dipersoalkan dalam satu meeting khas kematian. Sebermula dari itu, doktor akan […]

Vaksin Punca Autism

Vaksin Punca Autism? Oleh: Nurul Fadhilah Salleh Andrew Wakefield dan rakan-rakan dalam kajian mereka pada tahun 1998 yang melibatkan 13 kanak-kanak telah mengaitkan vaksin MMR sebagai punca autism. Dalam kajian tersebut, mereka berteori bahawa vaksin MMR telah menyebabkan inflamasi pada bahagian usus kanak-kanak, menyebabkan sejenis ‘protein misteri’ merentas keluar dari usus, mengganggu perkembangan otak kanak-kanak […]

Vaksin COVID-19 yang Di Tunggu

Vaksin bukan segala-galanya. Tetapi semua orang mengharapkan vaksin terutamanya vaksin COVID-19 itu berjaya dicipta dalam tempoh terdekat. Mungkin anda pelik, mengapa tulisan saya sebegini pada kali ini. Seolah-olah saya tidak begitu mengharapkan sangat kewujudan vaksin dalam suasana pandemik COVID-19 masa ini. . Di sinilah perlunya kefahaman yang mantap bagi kita, bahawa vaksin itu salah satu […]

Fatwa Pengurusan Jenazah COVID-19

Pengurusan jenazah hendaklah dijalankan oleh pihak yang mempunyai pengetahuan mengenai kaedah pengurangan risiko jangkitan. Oleh itu latihan tertentu perlu diberikan kepada pihak yang mempunyai tanggungjawab untuk mengendalikannya. Antara pihak yang boleh terlibat adalah dari pasukan kawalan penyakit KKM, pegawai agama dan individu yang dilatih dalam masyarakat bagi kaedah pengebumian jenazah penyakit berjangkit. . Pengurusan ini […]

MITOS MITOS BERKAITAN COVID-19

🧐Berjemur di cuaca panas boleh merawat COVID-19 Terdapat beberapa tuntutan yang mengatakan virus COVID-19 mati pada suhu tinggi. Walaupun pernyataan ini mempunyai asas, ini tidak bermaksud berjemur di tengah panas boleh menyembuhkan pesakit yang dijangkiti COVID-19. Selain itu, pakar menjangkakan peranan iklim dan suhu sesuatu negara tidak memberi impak dalam penularan virus ini. Amalkan langkah […]

KES DISYAKI TIDAK SEMESTINYA POSITIF

Ramai yang keliru dengan dua istilah dalam isu #COVID-19 ini: 1. Kes disyaki. 2. Kes yang disahkan positif. . Anggapan masyarakat, apabila demam, batuk, selsema atau sesak nafas sahaja sudah dikira positif COVID-19, sedangkan kes baharu sahaja disyaki. Ujian lanjut wajib dijalankan untuk mempastikan sah positif COVID-19 atau sebaliknya. Selagi belum disahkan positif melalui ujian […]

6 Soal Jawab bersama WHO

6 SOAL JAWAB MENGENAI 2019-nCoV [Soal jawab bersama WHO] . . S1: Adakah antibiotik berkesan menghalang dan merawat #coronavirus (2019-nCoV)? J1: TIDAK. Antibiotik tidak bertindak terhadap virus, ia hanya bertindak ke atas bakteria. 2019-nCoV adalah sejenis virus, jadi tidak boleh digunakan untuk menghalang dan merawat (case). . . S2: Adakah #coronavirus (2019-nC0V) mudah menjangkiti orang tua atau […]

Antivaksin Bertaubat

Pernah kawan-kawan duk tegur, apasai hang ni rajin duk tulis pasai salah faham antivaksin dalam Facebook? Siap berblog lagi duk tulis debunk mereka. Dan…tahun 2015 boleh buat collection artikel dalam bentuk buku. Itupun kawan-kawan duk perli, patutlah brehi ngat berlawan dengan antivaksin dan menulis..nak lariskan buku rupanya. Kita ni cukup duk klinik je. Punch in […]

Vaksin Boleh Memusnahkan Manusia?

Jika benar vaksin itu boleh memusnahkan manusia, sudah tentu program imunisasi diberhentikan. . Kita boleh lihat sendiri bahawa Program imunisasi kebangsaan yang telah diletakkan secara rasmi dalam negara kita sejak sebelum merdeka lagi (1956) dengan pemberian vaksin DT. . Sebelum dari itu pemberian vaksin Cacar diberikan di zaman kolonial British sejak 1895. Ketika itu hanya […]

Geng Antivaksin Hipokrit

Hipokrit sungguh geng antivaksin. Dulu, hujah mati-matian tolak vaksin atas pelbagai alasan. Vaksin ada kinzir la, AEFI vaksin serius la, vaksin ada logam merkuri la dan banyak lagi. Semua penulisan gavaks itu menolak total vaksin. Hatta termasuk vitamin K yang boleh mencegah perdarahan otak pun mereka phobia. . Kita sudah pun perjelaskan satu persatu semua […]

Akibat Cucuk Steroid Pada Bayi

OTOT KECUT SEBAB CUCUK . Bukan nak menakut-nakutkan ibu ayah ni. Gambar berikut nak kaboroyak bahawa risiko boleh berlaku otot kecut di tempat kena cucuk oleh steroid. Banyak kes budak yang saya jumpa pinggul dia lekuk kecut. Apabila ditanya, mereka kurang pasti kenapa berlaku. Korek punya korek cerita lama, baru mak dia beritahu bahawa pernah […]

Jangan Pusing Kepala Baby

Jangan duk main-main pusing baby tu. Saya sendiri tak berani nak pusing baby songsang. Kena rujuk pakar kesihatan wanita (obstetrik), hanya depa yang pandai, mahir dan layak untuk pusing baby songsang. Tetapi itupun ada syarat-syarat yang ketat. . Kalau belum cukup bulan, sahih pakar tak akan buat. Banyak kesan buruk. Antaranya lahir pramatang, pecah ketuban […]

Doktor Tidak Masuk Syurga?

Sugul sekerat hari ni memikirkan nasib doktor yang ditohmah oleh seorang pendita dalam media maya. . Tulisannya meletakkan ciri-ciri doktor yang tidak masuk Syurga. Katanya pendapat ulama. . Saya terus bertanyakan sahabat-sahabat yang juga berstatus ulama, adakah benar apa yang ditulis itu? . Antara jawapan yang diberikan: . “Kenyataan tidak bertanggungjawab sehingga mengundang perspektif buruk […]

Tolak lah, Benda tu Mudarat

Kenapa ada lagi manusia tidak faham-faham amaran doktor-doktor dan juga Kementerian Kesihatan? Malah di kotak rokok itu sendiri pun terpampang amaran keras dengan pelbagai jenis gambar kesan dari rokok. . Apabila KKM mengenakan undang-undang larangan merokok di kedai makan itu bermakna satu mesej jelas bahawa merokok boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain. Tetapi ada […]

Vaksin Pneumokokal

Oleh Dr Amirul Amzar Tahniah kerajaan Malaysia atas kejayaan memasukkan vaksin pneumococcal dalam Jadual Imunisasi Kebangsaan bermula 2020. Tahniah juga rakyat Malaysia atas manfaat yang besar ini. Vaksin pneumococcal mencegah dari jangkitan streptococcus pneumoniae. Ia adalah sejenis bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan pada telinga (otitis media), sinus (sinusitis), paru-paru (pneumonia) dan juga selaput otak (meningitis). […]

Ubat Darah Tinggi di Tarik Balik

Ramai yang tanya saya, semua ubat darah tinggi yang mengandungi LOSARTAN tu boleh sebabkan kanser ke? Ramai yang baca dalam media sosial dan buat ulasan sendiri. Termasuk golongan yang selama ni memang sudah anti-ubat hospital, terus menuduh bahawa ubat-ubat lain untuk rawat darah tinggi pun penyebab kanser! Tidak kurang juga mereka yang memerli bahawa kononnya […]

Bengkak Kelenjar Selepas Vaksin BCG

Kesan yang tidak dijangka selepas suntikan vaksin (AEFI) memang wujud. Dalam sejarah pembangunan vaksin sejak lebih 200 tahun, pemberian vaksin tidak sunyi dari kesan sampingan ini. Namun seluruh dunia masih terus menggunakan vaksin sebagai langkah pencegahan. Kenapa? Kerana ianya satu kaedah yang ampuh setakat ini bagi mencegah dari penyakit berbahaya. Maksudnya juga vaksin telah menjadi […]

Salah Ikhtiar

Ini adalah bentuk iklan yang salah. Jika ada tanda-tanda sakit jantung, jangan pergi bomoh ni. Mereka tak pandai buat CPR dan rawatan kecemasan. Tidak salah berikhtiar dengan bacaan doa atau syifa, tetapi bukan saat ini untuk bertemu mereka. Adakah berubat dengan hospital itu tidak bertawakkal? Salah! Tawakkal itu adalah berserah kepada Allah setelah ikhtiar yang […]