Entries by Dr Suhazeli Abdullah

,

Jangan Dengar Nasihat ini?

Dari segi logik memang tak logik sebab etiologi (punca asal / penyebab) serangan jantung atau stroke adalah saluran darah jantung atau otak tersumbat/pecah. Mana mungkin tumit kaki dikaitkan untuk merawat? Hatta dalam ilmu refleksologi pun tidak begitu. Namun bagi pesakit stroke mungkin kaedah jinjit kaki ini salah satu dari fisioterapi. Fisioterapi adalah satu kaedah untuk […]

,

Vaksin Punca Ekzema?

Ekzema adalah penyakit hypersensitivity kulit. Hypersensitivity bermakna kulit seseorang itu terlalu sensitif. Terkena bahan tertentu sedikit je terus bengkak. Bahan tertentu ini kita panggil trigger. Contoh trigger adalah debu, bahan kimia dan bulu kucing. Bermakna kalau ada terkena trigger, orang yg ada ekzema itu akan kena serangan ekzema atau kita panggil sebagai flare. Vaksin, tidak […]

,

5 Pesanan Penting Penghidap Ketuat

Lihat kepada bentuk ketuat ini biasa aje kan? Ada orang yang terlalu risau hingga jelajah seluruh klinik dan hospital kawasan dia. Ada orang yang hanya biarkan sahaja, buat tak kisah. Jika jumpa doktor pun, pelbagai reaksi diberikan. Ada doktor yang hanya rileks, beri nasihat supaya tidak perlu buat apa-apa yang drastik. Tapi ada pulak doktor […]

,

Risô

Benjolan di kaki seperti ini amat jarang berlaku. Pesakit pun tidak kisah sangat kewujudan benjol sebegini kerana tidak sakit dan tidak menjejaskan kecantikan. Lagipun wujudnya benjolan sudah bertahun lamanya. Apabila ditanya, pesakit pun sudah lupa berapa lama dan apa puncanya. Bahaya ke Risô lagu ni? Orang tua-tua kata tak bahaya pun. Ya, benar benjolan ini […]

Appendisitis

Nama dia appendik sebab dia ada kat hujung usus besar. Sebelum usus besar adalah usus kecil yang berlingkar dalam perut kita. Appendik ni gunanya untuk simpanan sistem pertahanan badan. Terdapat sel-sel Limfosit yang boleh menjadi sumber sel-sel imuniti apabila diperlukan. Tetapi appendik bukan kilang utama. Sum-sum tulang adalah kilang utama. Sepanjang kehidupan, seseorang mempunyai keberangkalian […]

,

Cacing Rayap

Cacing Kalau kaki anda nampak berurat sirat seperti rel keretapi seperti ini (gambar), sila jumpa doktor segera. Minyak gamat atau minyak cap kapak tak jalan untuk hapuskan makhluk yang menjalar itu. Kami sebut penyakit ni Cutaneous Larvae Migran. Di mana, sejenis cacing yang boleh masuk melalui kulit manusia dan bergerak menjalar di bawah kulit. Tempat […]

,

Vitamin A Untuk Pesakit Measles

Berkokok jua akhirnya golongan antivaksin (gavaks) memperli KKM memberikan vitamin A sebagai salah satu rawatan terhadap pesakit Measles orang asli di Kuala Koh, Gua Musang. Mereka mula mendabik dada bahawa akhirnya doktor-doktor KKM mengakui vitamin penting bagi merawat penyakit-penyakit yang boleh dicegah (Vaccine Preventable Diseases) dengan vaksin seperti Measles. Sebelum ini mereka (gavaks) memang lantang […]

Sebab Pesakit Buah Pinggang Selalu Letih

Pesakit Buah Pinggang kronik akan nampak selalu letih dan tak bermaya. Sebab mereka mengalami anaemia. Apa tu Anemia? Anemia adalah satu keadaan di mana hemoglobin (Hb) sel darah merah berkurangan. Tugas utama Hb adalah membawa oksigen ke seluruh badan. Jadi jika Hb kurang, oksigen yang mengalir juga kurang. Oleh yang demikian pesakit akan senantiasa letih, […]

,

Etika Perubatan

Dapat berita seorang doktor yang ditangkap kerana membuka premis klinik tetapi tiada lesen amalan tahunan. Doktor itu bukan calang-calang juga masyhur di kalangan masyarakat setempat. Maka timbul persoalan di sini, adakah ilmu doktor itu salah sehinggakan kena tangkap dek kerana tiada sijil amalan atau sijil membuka premis? Cuba kita bayangkan analogi sebegini, macam saya laksanakan […]

, ,

TB Paru-paru

Heboh dalam media sosial, punca kematian 13 orang asal di Kelantan akibat jangkitan kuman Tb. Kenyataan pihak polis itu masih tidak konkrit kerana siasatan oleh pihak perubatan masih belum selesai. Maka pelbagai andaian telah dilontarkan oleh netizen punca penyakit yang meragut nyawa itu. Apapun tunggu lah dahulu siasatan terperinci dari pihak berwajib. Media sosial bukan […]

,

Ubat Darah Tinggi di Tarik Balik

Ramai yang tanya saya, semua ubat darah tinggi yang mengandungi LOSARTAN tu boleh sebabkan kanser ke? Ramai yang baca dalam media sosial dan buat ulasan sendiri. Termasuk golongan yang selama ni memang sudah anti-ubat hospital, terus menuduh bahawa ubat-ubat lain untuk rawat darah tinggi pun penyebab kanser! Tidak kurang juga mereka yang memerli bahawa kononnya […]

,

Belajarlah Buat Website

Saya tidak belajar secara formal untuk buat website. Tetapi mula berkecimpung dengan pembuatan web sejak zaman Blogger.com wujud lagi. Kemudian NGO yang saya ceburi mengarahkan supaya wujud website khas untuk memberitahu masyarakat peranan dan sumbangan NGO. Maka saya diberi tanggungjawab untuk buat website. Maka belajarlah saya secara sendiri. Melihat pengalaman website lain yang telah dibina […]

,

Sejarah Perubatan Islam yang Dilupai

Tulisan Prakata dalam buku Historia Perubatan Islam karangan Tok Ilmam Masyarakat mungkin tidak sedar bahawa Islam adalah pelopor kepada perubatan moden. Kemunculan tokoh-tokoh hebat seperti Ibnu Sina, Al Razi, Al Khawarizmi dan ramai lagi ilmuwan Islam adalah sebagai bukti bahawa Islamlah pencetus kepada kebangkitan sistem perubatan di alaf ini. Istilah Perubatan samada perubatan Islam atau […]

,

Kaedah Perubatan yang Lebih Di Yakini

Kita silap menilai Perubatan Berasaskan Bukti (Evidence Based Medicine) sebagai hak eksklusif perubatan moden semata-mata. ‘Kita’ di sini merujuk kepada semua penggiat bidang perubatan samada perubatan moden itu sendiri mahupun perubatan komplimentari. EBM adalah kaedah mengambil sesuatu amalan perubatan itu dengan lebih yakin. Walaupun sesetengah kaedah berubat itu masih lagi dalam proses yang belum sempurna, […]

,

Resepi Telur Goreng Mata Kerbau

Mai, saya juga nak kongsi resepi telur mata kerbau. Setengah tempat sebut mata lembu. Apa-apa saja la, asal menjadi. Cara-cara: 1. Sebiji telur, basuhkan dulu sebab kulit luar tu bernajis. Haram makan telur jika bercampur tahi. 2. Panaskan kuali. Tak kisah kuali warna apa, hitam, putih atau merah. Tak kisah juga dapur mana nak guna, […]

,

Penyakit Kencing Manis Punca Mati Pucuk

Stamina melakukan hubungan intim bersama pasangan bagi pesakit kencing manis akan berkurangan jika kawalan gula dalam darahnya tidak terkawal. Kenyataan ini adalah realiti bukan lagi fantasi. Tetapi ramai pesakit malu untuk tampil ke depan dan berbincang dengan doktor secara hati ke hati bagi menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Stigma hubungan kelamin tidak boleh dibincangkan kepada […]

, ,

Punca Pesakit Kencing Manis Mandul

Terima kasih atas soalan ini. Satu soalan yang kerap ditanya oleh pesakit. Ubat kencing manis bukanlah punca mandul. Tetapi sebaliknya kencing manis adalah salah satu punca tidak subur samada wanita atau lelaki. Apa yang pasti penyakit kencing manis itu sendiri boleh menyebabkan ‘erectile dysfunction’ atau mati pucuk. Kandungan gula yang tinggi dalam darah boleh menyerang […]

,

7 Tips Pesakit Menghadapi 1 Syawal

Apabila tibanya 1 Syawal, umat Islam diharamkan berpuasa. Hari itu adalah hari gembira kerana meraikan kejayaan kita berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan. Di sini mulalah kita lupa bahawa kita perlu berhati-hati juga mengambil segala jenis maklika makanan di hari raya. Oleh kerana terlalu ingin qodo makan pada waktu siang hari di bulan ramadhan, kita […]

, ,

Bengkak Kelenjar Selepas Vaksin BCG

Kesan yang tidak dijangka selepas suntikan vaksin (AEFI) memang wujud. Dalam sejarah pembangunan vaksin sejak lebih 200 tahun, pemberian vaksin tidak sunyi dari kesan sampingan ini. Namun seluruh dunia masih terus menggunakan vaksin sebagai langkah pencegahan. Kenapa? Kerana ianya satu kaedah yang ampuh setakat ini bagi mencegah dari penyakit berbahaya. Maksudnya juga vaksin telah menjadi […]

,

4 Kesan Negatif Pemakanan Kebulur

“Berat Mak Aji turun 10 kilo dalam 2 bulan? Apa yang dah berlaku ni?” Soalku dalam satu sesi konsultasi klinik Kencing Manis. “Saya amalkan pantang diet ketat doktor.”, jawab Mak Cik berumur separuh abad itu jujur. “Saya ubah pemakanan. Banyak makanan yang biasa saya makan saya tinggalkan. Seperti nasi putih, air manis, dari gula putih, […]