Dr Suhazeli Abdullah
Family Medicine Specialist, Charity Activist: Warga Cakna, Aid4Palestine, Book Writers, MedTweetMY, Papisma, MedicalMythBusters Malaysia, MMC
Anak kecil yang tidak terkawal dan sukar untuk dikendalikan memang sebaiknya tidak dibawa ke masjid kerana ia boleh mengganggu jemaah lain untuk melaksanakan ibadah solat.
Walaupun mungkin niat awal ibu bapa bawa anak ke masjid untuk menjinakkan diri mereka supaya menyayangi masjid dan selalu berdamping dengan ahli masjid, namun tunggulah anak tu besar sedikit dan mampu untuk dikawal. 
Orang tua yang tukang ambil gambar dan viralkan video anak-anak mengganggu solat jemaah masjid pun patut ditegur dan sepatutnya merekalah yang memainkan peranan untuk menegur anak-anak yang liar tersebut, supaya tidak mengganggu jemaah yang sedang solat.
... See MoreSee Less
- Likes: 21
- Shares: 1
- Comments: 1
1 CommentComment on Facebook
Raya tahun lepas dari mula solat raya sampai hampir habis solat dengar budak menangis aje. Malam tadi terawih pun sama. ada je selingan budak menangis.
Bertuah sungguh orang yang menyediakan juadah berbuka puasa kepada tetamu rumah Allah. ... See MoreSee Less
1 CommentComment on Facebook
Jauh g buka terr
Teknik jual produk scam. Saya pernah kena modus operandi sama.
1. Link yang mereka iklankan bukan original media tulin seperti Yahoo, Google atau media arus perdana lain. Tetapi link yang direka khas oleh penjual itu sendiri. Anda semak sendiri kat URL yang memaparkan iklan tersebut.
2. Mempromosi nama serta gambar tokoh-tokoh tertentu, kononnya tokoh-tokoh itulah pencipta produk ajaib berkenaan. Padahal ianya adalah scam. Tokoh berkenaan tak tahu menahu pun pasal produk kesihatan tersebut. Bahkan semakan dalam NPRA, produk kesihatan itu tak berdaftar pun.
3. Banyak komen testimoni pasal produk. Semuanya memuji dan memberi testimoni produk tersebut terlalu ajaib. Tetapi jika diteliti betul-betul, akaun yang beri komen testimoni itu adalah palsu. Anda boleh semak sendiri, takkanlah profil akaun Ketua Hakim pun duk beri testimoni?
Masalahnya masyarakat kita mudah sangat terpengaruh. Mungkin dek kerana terdesak untuk mendapatkan ubat bagi sembuh penyakit yang dialami dalam masa singkat.
... See MoreSee Less
1 CommentComment on Facebook
Ya betul Dr. Banyak yg saya tengok produk² guna gambar² doktor² yg dikenali. Ada sesetengah tu mereka hanya ubah huruf atau ejaan saja pada nama doktor² tersebut. Mula² dulu percaya jgk, tp bila perhati lama² jelas memang tipu. Mereka guna nama doktor² ini. Hanya rekaan semata². Ada yg guna video, masukkan suara, bila perhati suara tu tak sama pun dengan gerak mulut doktor tersebut. Kesian semua doktor² yg mereka guna ni.. semua doktor² ni tak tahu menahu pun gambar dan nama mereka diguna untuk scam.